Senja tu aku tengok wayang dengan Orkid Radiallah. Jangan terpedaya dengan nama. Walaupun hujung namanya ada perkataan ‘Radiallah’, dia seksi. Dan walaupun dia pakai seksi, aku tak sentuh dia sikit pun. Sebab aku memang suka tengok wayang. Dan aku tak suka perempuan (gedik). Aku rasa aku dah sampai tahap A – Seksual.
Dia ajak tengok Soekarno. Jadah apa nak tengok Soekarno. Aku lagi gilakan Tan Malaka dari Soekarno. Hanya orang yang tak membaca sejarah sahaja akan suka quote Soekarno, ‘berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan blablabla…,’ kenapa orang – orang Indonesia tak berani nak angkat Tan Malaka?
Aku ingat nak tonton Lucy, tapi tak ada pula lewat petang tu. Hanya ada beberapa filem low class. Ok, The Equalizer, macam best. Ada Denzel Washington. Seorang pelakon kulit hitam Amerika yang power. Dan aku memang ada sedikit salute kepada pelakon – pelakon kulit hitam Amerika yang serius seperti Denzel Washington dan Forest Whitacker. Aku muak dengan pelakon – pelakon pelawak.
THE EQUALIZER BUKAN THE PUNISHER
Cerita The Punisher sama ada versi asal (live action) atau remake, adalah cerita ‘batmantanpa topeng versi kejam’. Cerita Jebat yang ‘menjebat’ kerana kehormatan sendiri, kerana keluarga sendiri, kerana kepentingan sendiri telah digugat. Sebelumnya mereka tak melawan. Sebelumnya mereka hanya orang – orang yang berada dalam system. Samalah juga dengan batman pun. Hero sebenarnya adalah anarchist seperti The Joker atauOccupiers seperti Bane. Tetapi watak – watak sebegini, dijahatkan, sementara ‘hero yang membasmi jenayah kecil – kecilan’ diangkat dan dijulang ke langit.
The Equalizer, cerita yang agak ganas levelnya sama dengan The Punisher. Kalau kau nak tengok lawan – lawan yang percik – percik darah, tikam sana, tikam sini, cucuk sampai mata berlubang, tembak guna paku (?), The Equalizer memang = dengan The Punisher.
Cerita tentang seorang lelaki bernama Robert yang kehilangan isteri, menyendiri dan bekerja di sebuah perusahaan borong alatan pembaikian (seperti spanar / penebuk lubang / mesin / tukul dll). Ketika malam, dia akan keluar dari rumahnya ke sebuah kedai dengan berjalan kaki, membawa bersamanya seuncang teh yang dilipat kemas dalam tisu. Penggambaran ini, aku fikir untuk menggambarkan betapa karekter ini begitu teliti.
Seorang awek, pelacur paksa dari kecil, Teri namanya. Juga berkunjung di kedai yang sama. Beberapa kali mereka berjumpa dalam kedai yang sama, dan bertegur sapa. Tibalah suatu keadaan apabila Teri terpaksa melayan seorang mamat macam haram. Dan dia menangis (kelihatan sebak di matanya). Robert menyaksikan keadaan itu.
Keesokan harinya, Robert mendapat tahu daripada pelayan (lelaki) di kedai yang selalu dia minum lewat malam itu, Teri sudah masuk hospital dirimbuk (dibelasah separuh mati). Robert pergi ke hospital, dan kemudian mendapat tahu bahawa insiden itu, adalah disebabkan keengganan Teri melayan seksual mamat macam haram tu.
Robert mencari siapa dalangnya. Dan kemudian, kau kenalah pergi tengok wayang sendiri. Jadah aper aku nak cerita sampai habis dekat sini?
Rupa – rupanya, yang baru sahaja dibunuh oleh Robert, bukanlah lima orang bapa ayam yang membelasah Teri. Tetapi adalah sindiket mafia / bisnes haram Russia yang bertapak di Amerika. Antara aktiviti mereka selain dadah, membuat duit palsu, adalah melacurkan gadis – gadis.
Baik, sampai di sini sahaja, sebenarnya, aku akan bosan jika peranan protagonist seperti Robert cuma untuk membasmi jenayah kecil – kecilan seperti dadah, membuat duit palsu atau pelacuran, (anehnya, batman pun tak pernah mengusik aktiviti pelacuran, atau melawan elite – elite pemodal di Gotham City) kerana pekerjaan ‘polis’ ini, batman pun telah melakukan, The Punisher pun melakukan.
Yang menarik aku dan tak membuatkan aku tertidur dalam panggung wayang ini adalah, Robert sedang melawan penguasa – penguasa seperti polis yang cibai dan kuat makan rasuah. Sindiket mafia Russia yang boleh bertapak sewenang – wenang, dan tak dapat disentuh itu kerana polis – polis sudah dipegang telur mereka. Penguasa – penguasa seperti polis sampai sanggup membakar / merosakkan kedai yang tak membayar wang perlindungan.
Nasib baik Robert bukan seorang anarchist. Dia cuma membunuh penjenayah – penjenayah seperti bapa ayam, tapi terhadap polis – polis yang kuat makan rasuah, dia hanya mengurung polis tersebut dalam kereta yang diisi gas bocor.
DBKL adalah lambang falsafah penguatkuasaan yang corrupt!
Apakah makna / falsafah penguatkuasaan yang sebenarnya? Apakah yang termuat, yang terkandung dalam perkataan ‘penguatkuasaan’? apakah job scope sebenar penguatkuasa? Apakah tugas polis yang sebenarnya? Kepada siapakah mereka seharusnya berkhidmat? Kepada rakyat, atau kepada laknat? Kepada siapa? Siapakah majikan sebenarnya? Pembayar – pembayar cukai, atau pemodal – pemodal besar? Sekali lagi, apakah fungsi ‘penguatkuasa’ yang sebenarnya?
Apakah merampas sumber pendapatan peniaga aiskrim di Tasik Permaisuri, merentap tudung peniaga perempuan yang berniaga mencari makan, mencari nafkhah untuk anak – anak (bukan meminta – minta sedekah / melacur!) adalah merupakan kerja palingfundamental DBKL?
Apakah menerbalikkan periuk nasi orang lain, merupakan pekerjaan paling asasi, DBKL / penguatkuasa? Apakah mereka sudah terlalu bodoh menyebabkan mereka sudah hilang simpati kepada manusia – manusia lain? Apakah DBKL sudah terlalu brengsek sampai tidak ada kerja lain?
Sekiranya peniaga – peniaga tidak mempunyai lessen, pekerjaan penguatkuasa DBKL yang sebenarnya adalah berusaha mencarikan kaum peniaga kecil – kecilan ini lessen untuk berniaga. Bukan merampas sumber pendapatan mereka. Bukan menganggu orang – orang kecil sebegini untuk berniaga.
Amatlah jalang sekali perangai agamawan yang cuma berani menegur rakyat jelata tetapi tidak berani menyentuh yang paling berkuasa untuk berubah, perangai laknat dan pailang itu ditiru pula oleh DBKL / penguatkuasa yang gagal SPM ini. Sudahlah gagal SPM, kemudian bekerja menjadi sebahagian daripada aparat kerajaan. Kemudian menindas marhaen – marhaen yang mencari sesuap nasi yang halal. Kemudian meminta rasuah, buat roadblock sana – sini, cari duit kopi, cari duit teh, kemudian hasil duit haram itu, mereka berikan anak bini mereka makan. Kemudian dengan duit haram itulah, tahun ini mereka pergi haji. Kemudian dengan duit haram itu mereka berharap dapat haji mabrur? Mimpilah!
Mereka – mereka yang sama juga tak pernah berfikir untuk mengurangkan gelandanganisasi, peminta – peminta sedekah yang semakin bercambah entah dibiakkan oleh sindiket yang mana, aktiviti perjudian – pelacuran yang entah kenapa aku memikir juga kenapa SIS tak menyentuh isu pelacuran, apakah hanya poligami yang bermasalah di mata mereka, tetapi pelacuran atau bapa ayam tak perlu dilawan?
Sebenarnya siapakah yang membiakkan gelandangan, peminta – peminta sedekah, dan sindiket pelacuran? Cubalah kita merenungkan sejenak.
Aku sebenarnya sudah semakin lama, semakin hilang percaya kepada undang – undang yang bangang dan pro kepada orang – orang bangang. Mungkinkah sudah sepatutnya aku berdoa, bertawasul, memohon supaya lahir ‘The Equalizer’ di kalangan kami?

No comments:
Post a Comment