Friday, 22 January 2016

Kritikan Terhadap Filem Islamik (tersiar di MalaysiaKini)

Kritikan Terhadap Filem Islamik (tersiar di MalaysiaKini)


Oleh: Musoddiq Jaafar

Filem dan drama Islam mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam berdakwah. 

Terdapat beberapa elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu diambil mudah untuk disampaikan.

Selain itu, kisah penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.

Selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan perkataan yang sinonim dengan agama.

Juga, filem tersebut tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.

Filem dakwah Islam boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu. Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau lelaki.

Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.

Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"

Filem PK banyak mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara keagmaannya.

Malah fundamental Islam yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.

Selanjutnya, filem My Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang penuh Islamik.

Saya boleh ambil contoh keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar? Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar, Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui keIslamannya. 

Filem-filem barat sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem X-Men, The Purge, Planet of the Apes, Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.

Filem Islam yang berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilah “demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan dia tertindas dengan agama lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit. 

Ketengahkan fundamental Islam dalam karya seni dan filem bukannya dama cinta atau adegan yang menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan dan akan mencarinya dengan realiti. 

THE EQUALIZER, DBKL, DAN NAFSU SERAKAH SANG PENGUASA



Senja tu aku tengok wayang dengan Orkid Radiallah. Jangan terpedaya dengan nama. Walaupun hujung namanya ada perkataan ‘Radiallah’, dia seksi. Dan walaupun dia pakai seksi, aku tak sentuh dia sikit pun. Sebab aku memang suka tengok wayang. Dan aku tak suka perempuan (gedik). Aku rasa aku dah sampai tahap A – Seksual.

Dia ajak tengok Soekarno. Jadah apa nak tengok Soekarno. Aku lagi gilakan Tan Malaka dari Soekarno. Hanya orang yang tak membaca sejarah sahaja akan suka quote Soekarno, ‘berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan blablabla…,’ kenapa orang – orang Indonesia tak berani nak angkat Tan Malaka? 

Aku ingat nak tonton Lucy, tapi tak ada pula lewat petang tu. Hanya ada beberapa filem low class. Ok, The Equalizer, macam best. Ada Denzel Washington. Seorang pelakon kulit hitam Amerika yang power. Dan aku memang ada sedikit salute kepada pelakon – pelakon kulit hitam Amerika yang serius seperti Denzel Washington dan Forest Whitacker. Aku muak dengan pelakon – pelakon pelawak.

THE EQUALIZER BUKAN THE PUNISHER
Cerita The Punisher sama ada versi asal (live action) atau remake, adalah cerita ‘batmantanpa topeng versi kejam’.  Cerita Jebat yang ‘menjebat’ kerana kehormatan sendiri, kerana keluarga sendiri, kerana kepentingan sendiri telah digugat. Sebelumnya mereka tak melawan. Sebelumnya mereka hanya orang – orang yang berada dalam system. Samalah juga dengan batman pun. Hero sebenarnya adalah anarchist seperti The Joker atauOccupiers seperti Bane. Tetapi watak – watak sebegini, dijahatkan, sementara ‘hero yang membasmi jenayah kecil – kecilan’ diangkat dan dijulang ke langit.

The Equalizer, cerita yang agak ganas levelnya sama dengan The Punisher. Kalau kau nak tengok lawan – lawan yang percik – percik darah, tikam sana, tikam sini, cucuk sampai mata berlubang, tembak guna paku (?), The Equalizer memang = dengan The Punisher.

Cerita tentang seorang lelaki bernama Robert yang kehilangan isteri, menyendiri dan bekerja di sebuah perusahaan borong alatan pembaikian (seperti spanar / penebuk lubang / mesin / tukul dll). Ketika malam, dia akan keluar dari rumahnya ke sebuah kedai dengan berjalan kaki, membawa bersamanya seuncang teh yang dilipat kemas dalam tisu. Penggambaran ini, aku fikir untuk menggambarkan betapa karekter ini begitu teliti.

Seorang awek, pelacur paksa dari kecil, Teri namanya. Juga berkunjung di kedai yang sama. Beberapa kali mereka berjumpa dalam kedai yang sama, dan bertegur sapa. Tibalah suatu keadaan apabila Teri terpaksa melayan seorang mamat macam haram. Dan dia menangis (kelihatan sebak di matanya). Robert menyaksikan keadaan itu.

Keesokan harinya, Robert mendapat tahu daripada pelayan (lelaki) di kedai yang selalu dia minum lewat malam itu, Teri sudah masuk hospital dirimbuk (dibelasah separuh mati). Robert pergi ke hospital, dan kemudian mendapat tahu bahawa insiden itu, adalah disebabkan keengganan Teri melayan seksual mamat macam haram tu.
Robert mencari siapa dalangnya. Dan kemudian, kau kenalah pergi tengok wayang sendiri. Jadah aper aku nak cerita sampai habis dekat sini?

Rupa – rupanya, yang baru sahaja dibunuh oleh Robert, bukanlah lima orang bapa ayam yang membelasah Teri. Tetapi adalah sindiket mafia / bisnes haram Russia yang bertapak di Amerika. Antara aktiviti mereka selain dadah, membuat duit palsu, adalah melacurkan gadis – gadis.

Baik, sampai di sini sahaja, sebenarnya, aku akan bosan jika peranan protagonist seperti Robert cuma untuk membasmi jenayah kecil – kecilan seperti dadah, membuat duit palsu atau pelacuran, (anehnya, batman pun tak pernah mengusik aktiviti pelacuran, atau melawan elite – elite pemodal di Gotham City) kerana pekerjaan ‘polis’ ini, batman pun telah melakukan, The Punisher pun melakukan.

Yang menarik aku dan tak membuatkan aku tertidur dalam panggung wayang ini adalah, Robert sedang melawan penguasa – penguasa seperti polis yang cibai dan kuat makan rasuah. Sindiket mafia Russia yang boleh bertapak sewenang – wenang, dan tak dapat disentuh itu kerana polis – polis sudah dipegang telur mereka. Penguasa – penguasa seperti polis sampai sanggup membakar / merosakkan kedai yang tak membayar wang perlindungan.

Nasib baik Robert bukan seorang anarchist. Dia cuma membunuh penjenayah – penjenayah seperti bapa ayam, tapi terhadap polis – polis yang kuat makan rasuah, dia hanya mengurung polis tersebut dalam kereta yang diisi gas bocor.

DBKL adalah lambang falsafah penguatkuasaan yang corrupt!
Apakah makna / falsafah penguatkuasaan yang sebenarnya? Apakah yang termuat, yang terkandung dalam perkataan ‘penguatkuasaan’? apakah job scope sebenar penguatkuasa? Apakah tugas polis yang sebenarnya? Kepada siapakah mereka seharusnya berkhidmat? Kepada rakyat, atau kepada laknat? Kepada siapa? Siapakah majikan sebenarnya? Pembayar – pembayar cukai, atau pemodal – pemodal besar? Sekali lagi, apakah fungsi ‘penguatkuasa’ yang sebenarnya?

Apakah merampas sumber pendapatan peniaga aiskrim di Tasik Permaisuri, merentap tudung peniaga perempuan yang berniaga mencari makan, mencari nafkhah untuk anak – anak (bukan meminta – minta sedekah / melacur!) adalah merupakan kerja palingfundamental DBKL?

Apakah menerbalikkan periuk nasi orang lain, merupakan pekerjaan paling asasi, DBKL / penguatkuasa? Apakah mereka sudah terlalu bodoh menyebabkan mereka sudah hilang simpati kepada manusia – manusia lain? Apakah DBKL sudah terlalu brengsek sampai tidak ada kerja lain?

Sekiranya peniaga – peniaga tidak mempunyai lessen, pekerjaan penguatkuasa DBKL yang sebenarnya adalah berusaha mencarikan kaum peniaga kecil – kecilan ini lessen untuk berniaga. Bukan merampas sumber pendapatan mereka. Bukan menganggu orang – orang kecil sebegini untuk berniaga.

Amatlah jalang sekali perangai agamawan yang cuma berani menegur rakyat jelata tetapi tidak berani menyentuh yang paling berkuasa untuk berubah, perangai laknat dan pailang itu ditiru pula oleh DBKL / penguatkuasa yang gagal SPM ini. Sudahlah gagal SPM, kemudian bekerja menjadi sebahagian daripada aparat kerajaan. Kemudian menindas marhaen – marhaen yang mencari sesuap nasi yang halal. Kemudian meminta rasuah, buat roadblock sana – sini, cari duit kopi, cari duit teh, kemudian hasil duit haram itu, mereka berikan anak bini mereka makan. Kemudian dengan duit haram itulah, tahun ini mereka pergi haji. Kemudian dengan duit haram itu mereka berharap dapat haji mabrur? Mimpilah!

Mereka – mereka yang sama juga tak pernah berfikir untuk mengurangkan gelandanganisasi, peminta – peminta sedekah yang semakin bercambah entah dibiakkan oleh sindiket yang mana, aktiviti perjudian – pelacuran yang entah kenapa aku memikir juga kenapa SIS tak menyentuh isu pelacuran, apakah hanya poligami yang bermasalah di mata mereka, tetapi pelacuran atau bapa ayam tak perlu dilawan?

Sebenarnya siapakah yang membiakkan gelandangan, peminta – peminta sedekah, dan sindiket pelacuran? Cubalah kita merenungkan sejenak.

Aku sebenarnya sudah semakin lama, semakin hilang percaya kepada undang – undang yang bangang dan pro kepada orang – orang bangang. Mungkinkah sudah sepatutnya aku berdoa, bertawasul, memohon supaya lahir ‘The Equalizer’ di kalangan kami?

Antara Star Wars: Force Awakens dan Point Break



(ulasan ini mungkin menyentuh sensitiviti penganut-penganut Jedi)
Aku tak tahu apa-apa yang menarik tentang Star Wars selain daya futuristic dan imaginasi canggih George Lucas, dengan CGI nya. bagi aku filem yang menarik bukan sekadar jenama / trend / label / nama (atau bom sana, bom sini). Itu bukanlah filem yang menarik, filem yang menarik mestilah mempunyai plot yang menarik dan kejutan-kejutan yang mengejutkan.
Aku tak jumpa apa-apa yang mengejutkan dalam Star Wars yang terbaru, atau Force Awakens ini. Hero kulit hitam, Finn (lakonan John Boyega) digandingkan dengan heroin perempuan, Rey (lakonan Daisey Ridley) yang kemudian menjadi hero baru selepas kematian Finn memang menggembirakan feminist – feminist filem (yang juga bergembira dengan hero perempuan dalam Hunger Games; Mocking Jay). Adalah terlalu teruk citarasa filem kita jika sekadar pengangkatan hero bergender kita, atau berwarna kulit seperti kita, atau kau mesti kecewa gila jika kau menyangkakan watak protagonist/antagonist dalam filem Raid (Indonesia) diberikan peranan besar.
Bagi aku ini adalah tektik untuk mengumpul crowd lebih ramai (Indonesia) dengan pengangkatan mereka sebagai Kanjiklub (yang tidak ada apa-apa peranan penting), juga pengangkatan hero kulit hitam, hero perempuan, serta Harrison Ford yang pasti menggamit peminat-peminat setia Star Wars. Han Solo mati kena bunuh anak sendiri, so what?
Bahkan adalah janggal bila Finn kulit hitam tidak bercium mulut dengan Rey (kulit putih). Bukan aku nak sangat tengok mereka bercium, tetapi adalah begitu jarang sekali hero (lelaki) kulit hitam akan mendapat awek/bercium mulut dengan heroin kulit putih. Ketika kematian Finn, Rey hanya mencium dahinya sahaja.
Point Break; No Rules, No Limits
Trailer dan posternya yang membuat aku ‘break’ seketika. No rules, no limits. Seperti yang disebutkan di atas, kita sering terpedaya dengan nama (pelakon/penerbit), jenama, dan yang sewaktu dengannya. Seperti banyak quote, tak semestinya filem itu bagus. Itu adalah filem quoting. Filem yang bagus, mestilah mempunyai plot yang berkesan, dan kejutan-kejutan yang tak terfikirkan. dan Point Break ada benda-benda ini.
Filem yang baik tak semestinya bersiri. Filem itu boleh berdiri sendiri, cuma ada satu/sebijik/wahid/tak memerlukan siri. Terlalu banyak filem begini yang bagus-bagus, dan begitu banyak filem bersiri (yang hanya bagus pada siri-siri tertentu, dan hancus pada siri-siri yang lain), dan pastinya filem-filem bersiri bertujuan untuk melariskan lagi jualan tiket ke panggung tanpa apa-apa plot yang berbeza (balik-balik cerita bom sana, bom sini, romen sana, romen sini).
Merompak dari mereka yang kaya, untuk mereka yang miskin; bukan falsafah Robin Hood seorang
FBI terkejut mendapati ada dua siri rompakan dalam jangka masa yang tak lama. Sekitar beberapa hari gitu. Motif rompakannya juga pelik. Seperti rompakan dalam kapal terbang yang menerbangkan beratus-ribu keping wang kertas, dan helaian-helaian wang kertas itu jatuh sekeping demi sekeping kepada rakyat miskin di Mexico. Apa motifnya?
Mereka adalah penggemar-penggemar sukan ekstrem selain ‘penyembah-penyembah’ kepada idealis Ozaki, seorang pahlawan ekosistem. Ozaki percaya, bahawa kita perlu memberi balik kepada dunia, apa yang telah kita ambil. Kita harus berikan kepada dunia, lebih dari yang kita ambil.
Kata Utah, pelatih yang memohon borang untuk menjadi FBI, dia kenal cara pattern rompakan ini. Ini bukan sebarang rompakan. Ini bukan semata-mata rompakan dari yang kaya, untuk yang miskin. Ini lebih dari itu. Ini dilakukan untuk mencapai nirwana. Apa? merompak untuk mencapai nirwana? what the hell?
Manusia mengambil terlalu banyak, memulangkan balik terlalu sedikit, antara inti kepada filem ini (falsafah Bohdi)
Utah, kehilangan kawan dalam sukan motosikal (scrambler)nya. Dia kemudian berhenti daripada sukan motosikal tersebut dan kemudian bertahun-tahun seterusnya mencuba nasib untuk menjadi FBI. Dia terkejut pada ujian pelatihannya, ada kes rompakan yang hasil rompakan itu dicurahkan kepada rakyat miskin. Selepas mendapat persetujuan dan berjaya meyakinkan bosnya, bekas penggemar sukan ekstrem ini mahu memburu perompak-perompak ini.
Sementara Ozaki menumpukan kepada cuma idea, Bohdi yang dilahirkan di Venezuela (wilayah yang memilih sosialisme sebagai cara hidup yang berbeza dari cara hidup borjuah-isme seperti Amerika) seperti kata Samsara (nama awek), Bohdi pergi kepada tindakan. Sampai bila kita nak beridealis-idealis?
‘Bullshit justification?’
Kata Pappas, (FBI), bahawa perompak-perompak sentiasa mempunyai ‘bullshit justification’ untuk menghalalkan/mengabsahkan ‘perbuatan jahat’ mereka. seperti merompak dari yang kaya, dan mengagihkan untuk yang miskin, atau memusnahkan lombong emas, dan memberikan semula kepada mother of earth.
Tetapi itu tergantung sebenarnya. Falsafah kemodenan telah menjahanamkan otak kita bahawa adalah salah mencuri dari yang kaya, kerana yang kaya bekerja bermati-matian (adalah lawak maha besar) untuk mengumpul kekayaan mereka. mereka-mereka yang telah dirampas kemandirian berfikirnya, mengatakan adalah kerja mengarut sahaja memusnahkan lombong emas, dan berhenti melombong emas, dunia adalah berada di bawah tapak kaki manusia.
Utah sendiri keliru terhadap dirinya sendiri. Adakah sukan ekstrem semata-mata sukan eksrem? Baginya cara Bohdi lebih radikal dan Ozaki lebih ideal. Terdapat banyak lagi cara untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia.
‘apa yang kau cari? Nirwana? Bukan. Bukan tentang lapan benda kejadah semua tu. Tetapi bagaimana cara kita menghormati alam. Ini lebih essence. Ini lebih penting.’
Seorang demi seorang rakannya mati terbunuh dalam sukan ekstrem tersebut. Tetapi itu semua bukanlah penting menurut Bohdi. See you soon, kata Bohdi, meyakini bahawa kita akan berjumpa lagi. Yang paling penting, walaupun Bohdi menyedari bahawa Utah adalah polis (FBI) yang mahu memburunya, dia mahu menyelamatkan Utah. Baginya Utah telah diselewengkan dengan maksud-maksud hidup. Polis-polis adalah batman (vanguard kepada orang-orang kaya). Mereka adalah kaum moralist yang berkhidmat (dibayar gaji) oleh orang-orang kaya.
Watak Bohdi lebih kuat dari watak Utah. Dia meyakini kesatuannya dengan alam, dan takda sesiapa yang paksa kau memilih jalan ini. Sebaik sahaja kau gugur, kau gugur, tanpa perlu keguguran itu ditangisi/disesali oleh yang lain. Semua orang memilih jalan masing-masing.
Bohdi adalah watak manusia primitif dulukala sebelum terbit babad kemodenan. Bohdi percaya bahawa jalan penyelamatan terhadap segala malapetaka yang berlaku di dunia fana ini adalah dengan pengorbanan diri. maka kerana itu, sukan-sukan ekstrem memang antara sukan-sukan yang mencabar, membahayakan diri sekaligus berpotensi membunuh diri. segala bala bencana suatu waktu dahulu yang dinisbahkan kepada alam semesta (kemarahan jagat) yang marah terhadap dosa-dosa dari tangan kotor manusia telah bersemadi dalam diri Bohdi.
Antara Force Awakens Star Wars dengan Point Break, aku mengundi Point Break walaupun sebenarnya meskipun Point Break bukan dibikin dalam studio dan tak banyak CGI (palsu/plastic) seperti Star Wars, dan sukan-sukan dalam Point Break walau apapun ‘ bullshit justification’ Bohdi, adalah sukan-sukan yang memerlukan sponsor orang kaya seperti Al-Fariq. Dan bila Al-Fariq (jutawan muda Arab, seperti biasa) dibekukan akaunnya, maka Bohdi menjadi seorang yang gila membunuh diri dalam laut 17 bulan kemudian.