Tuesday, 9 August 2016

Antara Negro Padang dan Negro Bela dalam 12 Years a Slave dan Django Unchained.



Pada bulan Januari tahun 1963, Malcolm X berpidato di Michigan State University di hadapan ribuan pelajar, menghuraikan perbezaan antara dua jenis ‘Negro’:
The House Negro usually lived close to his master. He dressed like his master. He wore his master’s second-hand clothes. He ate food that his master left on the table. And he lived in his master’s house--probably in the basement or the attic-- but he still lived in the master’s house.

So whenever that house Negro identified himself, he always identified himself in the same sense that his master identified himself. When his master said, “We have good food, “the house Negro would say, “Yes, we have plenty of good food.”

“We” have plenty of good food. When the master said that “we have a fine home here,” the house Negro said, “Yes, we have a fine home here.” When the master would be sick, the house Negro identified himself so much with his master he’d say, “What’s the matter boss, we sick?” His master’s pain was his pain. And it hurt him more for his master to be sick than for him to be sick himself. When the house started burning down, that type of Negro would fight harder to put the master’s house out than the master himself would.

But then you had another Negro out in the field. The house Negro was in the minority. The masses--the field Negroes were the masses. They were in the majority. When the master got sick, they prayed that he’d die. If his house caught on fire, they’d pray for a wind to come along and fan the breeze.

Tentang Negro Padang atau the field Negroes, Malcolm mengatakan, The field Negro was beaten from morning to night; he lived in a shack, in a hut; he wore old, castoff clothes. He hated his master. I say he hated his master. He was intelligent. That house Negro loved his master, but that field Negro - remember, they were in the majority, and they hated the master. When the house caught on fire, he didn’t try to put it out; that field Negro prayed for a wind for a breeze.

When the master got sick, the field Negro prayed that he’d die. If someone came to the field Negro and said, “Let’s separate, let’s run,” he didn’t say, “Where we going?” He’d say, “Any place is better than here.”

jika pembaca sekaligus penonton kedua filem ini 12 Years a Slave dan Django Unchained ini benar-benar meneliti, pastilah sudah tahu filem mana yang the field Negroes (Negro Padang) dan filem mana yang the house Negro (Negro Bela).

Django Unchained lebih menepati perwatakan the field Negroes (Negro Padang) sementara 12 Years a Slave pula menepati the house Negro (Negro Bela).

12 Years a Slave, arahan Steve McQueen sekalipun berdasarkan kisah benar Solomon Northup tidaklah setajam Django Unchained garapan Quentin Tarantino. walaupun Django Unchained lebih kefiksyen-fiksyenan. dari segi tahun, Django Unchained lebih awal, diikuti 12 Years a Slave, tetapi masih gagal -menurut penulis- untuk menyaingi kebrutalan dan mesej yang kuat dalam Django Unchained.

Django Unchained dimulakan dengan bersahaja, dengan lagu temanya yang menyeru-nyeru nama Django, watak utama lakonan Jamie Foxx. sebenarnya lakonan Jamie Foxx tidaklah bagus manapun, walaupun dia juga aktor kulit Hitam, boleh dilihat dari filem-filem beliau yang lain. tetapi yang menguatkan cerita ini adalah pengarah Tarantino itu sendiri dengan watak bounty hunter, Dr. King Schultz lakonan Christoph Waltz. watak Dr. King yang perlahan-lahan menggerakkan watak Django supaya berdiri sendiri.

pada permulaan naratif Django Unchained lagi memberitahu bahawa perhambaan tidak akan selamanya. Dr. King menembak mati penjual hamba sebelum Django mengikutinya dengan nama baru Django Freeman. kesemua hamba yang dirantai kaki mereka telah membunuh tuan mereka. Dr. King memulangkan kebebasan ke atas kaki mereka sendiri. mereka berhak memilih untuk terus menjadi ‘poor devil’ atau membebaskan diri mereka sendiri dari cengkaman perhambaan.

sementara itu dalam 12 Years a Slave, Solomon Northup, lakonan Chiwetel Ejiofor, datang dari kelas bangsawan, semacam borjuah kulit hitam yang tinggal di Washington. dia diperdaya oleh dua orang kulit putih dalam satu makan malam. dia minum minuman yang memabukkan, tidak sedarkan diri, muntah-muntah di jalanan, dan kemudian bila dia bangun keesokan paginya, dia menjerit bila dia mendapati kedua kaki dan tangannya dirantai besi, dan dia dikurung dalam sebuah bilik.

kedua-dua watak utama kulit Hitam ini menderita, baik Django juga Solomon. tetapi Django lebih lagi, kerana Django dan isterinya sama-sama dijadikan hamba, dan kemudian dipisahkan. sementara dalam 12 Years a Slave, hanya Solomon yang menjadi hamba, sementara isterinya masih bebas merdeka. tetapi Solomon mengambil masa yang begitu lama untuk mengeluarkan dirinya dari alam perhambaan, selama 12 tahun, menunjukkan betapa bezanya antara dia dengan Django yang cepat menyambar peluang di depan mata.

Django bersama komrad barunya, Dr. King di samping pekerjaan barunya, sebagai bounty hunter -pemburu upahan- mereka juga sedang mencari isteri Django. mereka tidak betah untuk duduk diam terutamanya Django. sebaik sahaja dia menjumpai fasis-fasis kulit putih yang menyeksa dia dan isterinya, dia terus menembak mati kesemua fasis tersebut.

Solomon pula tampaknya lebih sabar dengan penderitaan yang ditanggung -12 tahun!- dia tidak berani mencuba melarikan diri walaupun tuannya (boleh dikatakan semua tuannya sayang padanya, kerana dia bertubuh kekar dan pandai bermain violin) semakin lama semakin sayang padanya. tanpa sedar, penyakit house of Negro lama-lama mulai menjangkitinya. berbeza dengan Django, yang walaupun tak mampu membebaskan rakan-rakan kulit hitamnya yang lain, tetapi dia menginspirasikan mereka yang lain untuk merebut peluang yang ada untuk bebas. sementara Solomon terus menerus mencambuk Patsey, lakonan Lupita Nyong’o, yang diperkosa saban malam oleh Tuan Epps dan dicederakan mukanya oleh Puan Epps.

kemudian kita boleh melihat betapa teganya Solomon bermain violin menghiburkan tuan kulit putihnya yang menyeksa rakan-rakannya, berbeza ketika Dr. King mendengar lagu Beethoven ‘Fur Elise’ dimainkan, dia terus rasa terganggu dan menghalang dari muzik itu dimainkan. bahkan Solomon walaupun kelihatan serba salah, bukan sekali, malah berkali-kali memainkan violin ketika kawan sekulitnya dipukul dan dimalukan.

Tuan Epps (Edwin) lakonan Michael Fassbender tak cukup kejam jika mahu dibandingkan dengan Calvin Candie lakonan Leonardo DiCaprio. kita akan menjadi begitu benci dengan lagak bangsawan tak berperikemanusiaan ketika penggusti kulit hitam beradu tenaga sampai mati di hadapan tuan kulit putih dan hamba kulit hitam mereka. Epps kelihatan seperti ‘bangsawan kampung’ yang tergelecek ke dalam kandang babi ketika nak memukul manja Solomon. Solomon dalam 12 Years a Slave seolah peringkat awal house negro Stephen lakonan Samuel L. Jackson. kita dapat melihat betapa tidak bermayanya seorang Solomon untuk melawan balik, mungkin kerana latar borjuahnya yang tidak cukup kuat untuk mendorong Solomon untuk seberani Django, yang mungkin datang dari kelas proletariat.

Brad Pitt sebagai Bass yang muncul di hujung-hujung cerita, walaupun memberikan kesudahan kepada kesengsaraan Solomon, tetapi nampaknya peranan ini begitu kecil sekali dan begitu diremehkan. berbanding Dr. King yang peranannya agak sama dengan Bass, Dr. King muncul sampai hampir di penghujung cerita, sebelum mati ditembak Calvin. sampai kita merasakan begitu kesian kepada Dr. King yang bersimpati terhadap perhambaan yang dideritai Django dan isterinya. sedangkan, kerjanya sepatutnya sudah habis ketika membebaskan Django dari alam perhambaan, dan memberikan Django pekerjaan baru dan upah yang lumayan.

di akhir kedua-dua cerita ini, terdapat perbezaan yang sangat mencolok sekali. 12 Year a Slave seolah mewakili Martin Luther tanpa konflik yang memuaskan, sementara Django Unchained, seolah Malcolm X yang sentiasa panas dan memanaskan. dalam 12 Year a Slave tidak ada apa-apa letupan atau pertempuran.

konfliknya hanya selesai bila Bass diminta menghantar surat, sementara tembak-menembak yang mengorbankan Dr. King dan Calvin berlaku dalam Django Unchained. kemerdekaan insan dicapai dengan perlawanan dalam Django Unchained, walaupun agak bombastik, sementara 12 Years a Slave seolah hanya menunggu messiah dari langit, untuk melepaskan diri dari penderitaan.

persamaan kedua-dua cerita ini, agama (dalam kedua-dua hikayat ini, Kristian) menerusi Bible adalah alat legitimasi opresi, menarik untuk dicatat dan dinyatakan/ditanyakan di sini, ketika Muhammad menyerukan Islam, pada zaman itu penuh dengan perhambaan, bahkan Muhammad juga memakai hamba, tetapi ajaran Islam, melalui penebusan kesalahan (kifarah), banyak menyuruh menghapuskan perhambaan. adakah Kristian juga begitu?


ini cuma pandangan penulis. nak membantah, tiada masalah. 


Friday, 8 April 2016

Batman V Superman: Tesis Anti-Hero Menentang Kedewaan


(Oleh: Chivas Iskandar)

Bayangkan jika Tuhan dinotiskan untuk menghadiri tribunal manusia, Dewa diarahkan menuntut maaf atas kekhilafan semasa bergerombolan dan Malaikat dibicarakan kerana kelewa-alpaan semasa bertempur melawan syaitan.
Batman V Superman (B v S) adalah filem yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2016 selain X-Men (Apocalypse), Civil War (Marvel) dan laksana merak menggoncang sayap, ia tidak menghampakan. Adakah kamu terlampau lemau hidup dalam dunia ini untuk melepaskan filem epik yang buat pertama kalinya menampilkan 2 ikon superhero dalam sesuatu masa? Sinematografi yang mengkagumkan, kualiti imej yang ultra-resolut dan kegemparan CGI tidak perlu dinafikan. Namun, ada yang sensasi tentang falsafah yang dibawa filem ini bahawa, manusia berupaya menentukan destininya di dunia ini dan walaupun ada dewa-dewa, suprahuman, superheroes, diksi-diksi Tuhan atau apa saja makhluk raksasa di kalangan kita, mereka tidak boleh melampaui undang-undang manusia dan prinsip demokrasi.
Filem B v S adalah satu paradigma kritikal terhadap status quo dan hegemoni yang sentiasa meracun dan membelenggu hidup tanpa kita sedari.
Premis utama sekuel terbitan komik DC kali ini ialah, oleh kerana menjadi sebahagian komuniti bumi, Superman harus hidup mengikut undang-undang dan tatacara manusia. Kedengarannya agak aneh dan mind-fuck, tetapi itulah yang mencabar minda. Kalau mengikut resam Melayu, masakan seorang Dewa boleh ditertibkan, masakan kerabat diraja atau pengerusi majlis tertinggi Umco boleh distratumkan mengikut acuan marhaen tetapi di situlah kekuatan filem ini, hatta ada Nabi, jesus atau wali baru di kalangan manusia sekalipun, mereka harus didisiplinkan mengikut lunas-lunas peradaban manusia (tidak boleh dibiarkan terlalu berkuasa)
Superman, Epik Tuhan Palsu - Katakan dengan Riang!
Filem ini telah mencabar status quo Superman sebagai pseudo-Tuhan umat manusia - yang kononnya tak akan kalah, tak pernah tercedera dan tak akan goyah walau dibadai nuke. Superman telah dinyah-idolakan dalam filem ini dan pastinya ramai yang tidak berpuas hati, lalu dicanangkanlah filem ini sebagai merapu, membosankan dan terlampau 'broody'. MENGAPAKAH KAMU TERLALU DOUCHEBAG UNTUK GAGAL MENAAKUL BAHAWA KEGELAPAN, 'GOTHIC' DAN KEMENDUNGAN ADALAH TERAS MAGNUM FILEM BATMAN? Terdapat suara-suara sumbang kedengaran dan komen-komen dalam 'circle' kritik perfileman tetapi hakikatnya, mereka tidak dapat mengadaptasi falsafah filem tersebut. Minda mereka ternyata telah dirogol dan terencat dengan mesej yang disajikan.
Sebab lain ketidakpuashatian tersebut juga adalah kerana mereka berpendapat bahawa apabila idea Superman boleh dipertikai dan diremeh-statikkan, maka ikon-ikon seperti legenda popular, Jesus, ayatollah, nabi-nabi pujaan kamu juga boleh dinilai dan ditribunalkan semula mengikut kesependapatan awam berasaskan keperluan logik dan demokrasi.
Batman atau Superman: Persoalan Siapa Lagi 'Real'?
Sepertimana ditunjukkan dalam filem ini, Superman telah dipotretkan sebagai Tuhan Palsu (false god) dan oleh sebab itu, ramai yang berasa tidak berpuas hati kerana filem ini menggeletik dewa kamu tidak lebih sekadar seekor raksasa alien. Manakala, Batman ditonjolkan sebenar-benar humanis, penjuara golongan kelas pekerja dan memaknakan kebolehan sebenar manusia sebagai makhluk mortal yang tidak kebal atau unggul, tidak boleh terbang atau membelah pesawat Airbus tetapi lebih sensitif, eksistential dan lebih penting, memiliki kewarasan dan kepintaran dalam bertindak. Filem B v S ini mempotretkan Batman sebagai manusia biasa, sama seperti kita bergantung sepenuhnya kepada motivasi, kreativiti dan sains untuk mencorak kehidupan. Sebenar-benar insani! Tidak perlu kuasa berjela, hanya akal penjana kekuatan. Ada emosi dan sensitiviti, satu keseimbangan norma antara perasaan dan kegeniusan.
Ini berbeza dengan Superman yang terlalu semberono (hingga terjebak dengan false flag Afrika), lagak sang dewa palsu tetapi gahnya diangkat menjadi tuhan baru sehingga menimbulkan keraguan manusia-manusia seperti nemesis Lex Luthor, Senator Finch dan aktivis kuding Wallace. Mungkin sama seperti orang-orang felda dan kampung yang mengangkat Najib dan Mahathir sebagai dewa atau Tuhan Bani Melayu, tetapi kini melihat dewa-dewa yang mereka agungkan saling membenci, bergaduh dan berperang kerana hendak merebut lesen besar pembodohan umat dan peragutan kuasa.
Kedua-duanya palsu kerana seperti Superman, mereka mengeksploit golongan yang lemah dan terpedaya. Yang 'real' dan humanis (seperti Batman) mungkin ialah, saudara Anwar Ibrahim - kini terpenjara - yang memiliki kekentalan, keazaman dan kebesian selagaknya Bruce Wayne tekad membasmi jenayah kerana kematian kedua-dua ibu bapanya yang ditembak perompak semasa kecil. Kamu hanya harus bertanya, boleh atau pernah(selalu)kah dewa Najib atau Mahathir keluar masuk penjara? Ah Dewa, kononnya!?? Mesej yang tersembunyi dalam filem ini, mengapa kita harus mengagung-agungkan Dewa-Dewa dan elitis-elitis palsu ini sedangkan kamu sebagai manusia biasa yang berkeperibadian juga boleh bersolidariti, berorganisasi dan bertindak untuk menyampaikan tuntutan-tuntutan yang memartabatkan kepentingan awam.
Dewa-dewa palsu ini juga boleh menghancurkan kamu, seperti hujah Senator Finch dan kesumat hati Batman, Superman juga boleh melenyapkan umat manusia (rakyat jelata) jika tidak dikawalselia (left unchecked). Sepertimana pertanyaan Batman semasa mentakik leher Superman, 'Do you bleed?... Yes, you are'.
Ben Afleck - Meriwayatkan Legasi Agung Bruce Wayne
Sepertimana aksi komik superheroes, watak-watak menjadi elemen yang menggamit perhatian. Senator Finch (Holly Hunter) memainkan peranan yang amat berkesan sekali sebagai politikus yang mengetuai tuntutan agar Superman dibawa ke tribunal pendengaran (hearing). Mereka juga melancarkan demonstrasi terhadap Superman (Earth Belongs to Humans!), seolah-olah seperti kamu berdemo menyuarakan bantahan terhadap Ustaz Harun Din atau Ustaz Kazim Elias (elitis-elitis yang biasa kamu dewa-dewakan, bukan?) kerana mengganggu ruang kebebasan.
Ben Afleck menjayakan watak Batman dengan penuh bergaya, namun ada sesetengah kritik menghentam hanya kerana beliau tidak mencukur jambang dalam filem ini, tetapi WTF... adakah kamu mengharapkan Justin Bieber untuk menjadi Batman! Puki beranak!
Yang mencuri tumpuan ialah aktres Gal Gadot (nama apakah ini?) sebagai... ah, tontonlah sendiri (didn’t mean to spill the beans), terutama gambar beliau pada 1918 dalam fail metahuman Lex Corp. Lex Luthor, nemesis yang berjaya memperkatikkan Superman adalah antagonis besar tetapi wataknya (Jesse Eisenberg) dilihat terlampau hipster untuk menjadi kontraktor persenjataan empayar LexCorp. Melihat seekor hipster mengepalai gerakan menggulingkan Superman adalah seperti menonton budak 15 tahun menemani keluar Neelofa atau Fazura ke majlis berkhatan anak Che' Ta.
Jari Tengah kepada Kritik-Kritik B v S
Kebanyakan kritik yang menjengkelkan sebenarnya tercabar kerana filem ini melontarkan idea yang tidak popular bahawa Superman, si Dewa pujaan ramai boleh terlucut dengan makhluk biasa. Bahawa Dewa juga boleh melutut kepada manusia. Bahawa Dewa, walaupun dianugerahi dengan enigma dan kuasa juga harus tunduk kepada manusia. Bahawa Lebai atau Mursyidul Am melayu tidak boleh sesuka hati menghukum kesalahan manusia yang lain apatah lagi dengan bersandarkan prinsip perundangan barbarik. Tiada yang ulung di dunia melainkan manusia juga! Manusia adalah penentu destininya sendiri, bukan kuasa ghaib atau supernatural yang kamu sembah, ikuti dan agungkan! Kamu manusia, dan kamulah yang hidup... Tiada yang lain!
Masih kedengaran komen-komen skeptik tentang B v S yang dikatakan kurang menyengat, walaupun saya boleh memaafkan kamu kerana menjadi pandi tetapi, atas nama Batman (dan peri kemanusiaannya), saya ingin menyarung kondom di jari tengah dan menuding ke kepala kamu... 'Fuck You!!!'.
Filem ini bukanlah untuk penggemar-penggemar AC Mizal, anjing-anjing Maharaja Lawak atau penagih-penagih David Teo, (kerana ketempangan pemikiran mereka tidak cukup besar untuk menampal kebocoran di kepala lutut mereka) tetapi kepada mereka yang pessimis, sebarang pertikaian tentang plot jalan cerita tetap tidak dapat mengenepikan sinematik yang gempar terutama klimaks pertarungan. Juga perlu diingat, scriptwriting filem B v S ini juga adalah antara barangkali yang terbaik (poetik?) dengan bait-bait skrip yang mencengkam!
Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan terdapat babak-babak yang sedikit longgar namun biarlah anda sendiri mengandai-analisis perkara-perkara berkenaan. (Kalau tak, spoiler-lah bhai)
2 jam setengah (pastikan popcorn di ribaan, yeah!) Batman V Superman adalah epik yang sarat dan overambitious untuk mentransisikan sekuel kepada kemunculan Justice League (Liga Keadilan) akan datang, tetapi kita tetap mendambakan selagi kemanusiaan terus bersejagat, Batman, Wonder Woman dan rakan-rakan metahumannya akan terus bergempur dan menggelupur dengan villain-villain dari paksi kejahatan dan melindungi kehidupan manusia demi kebebasan, keceriaan dan kegemilangan huminatari! Ya, Manusia. Atas nama insani... Yang sebenarnya!
Trivia: Kamu mungkin perlu meneguk wiski keesokan pagi untuk menyedari kedua-dua Batman dan Superman berkongsi nama ibu yang sama - Martha. How fuckin' sweet!

Wednesday, 6 April 2016

The Martian: Kenapa Orang Islam Bodo dan Orang Kafir Tanam Kentang di Marikh?



Abaikan sahaja komen ‘saintis NASA’ beberapa jam lepas di BuzzFeed Video. Dia kena belajar banyak lagi tentang genre Sains Fiksyen. Dan mungkin juga dia patut mengkritik filem Star Wars yang menghapuskan planet bumi pada episod awalnya. Kita patut jelas bahawa Sains Fiksyen bukanlah sebuah ‘Manifesto Sains’ sebaliknya adalah ransangan – ransangan awal untuk penerokaan di masa hadapan. Stephen Hawking yang menggesa kita untuk naik ke angkasa lepas, mencari planet baru juga, pada masa – masa kecilnya dicerahkan dengan pembacaan – pembacaan Sains Fiksyen.
Dan janganlah orang – orang Islam (yang the so called tekstualis/literal/harfiyyah) membaca tajuk ini, dan menibai aku semula dengan mengatakan The Martian adalah cuma filem dan ‘orang kafir tanam kentang di Marikh’ cuma rekayasa / propaganda. Memanglah. Kerana keringnya imaginasi, menyebabkan pemikiran kita jadi tohor dan static / beku / bengap. Kerana itu agama kita hari ini menjadi tempat lari orang – orang yang keringnya imaginasi.
Kisah yang disadur dari novel ini berkisah tentang Mark Whatney dan ekspedisi angkasa lepasnya ke planet Marikh. Whatney tertinggal, disangka mati oleh rakan – rakan ekspedisinya yang lain, dan mereka terpaksa meninggalkan Whatney dalam ribut di Marikh pada malam itu, kerana Whatney tak dijumpai.
Aku sudah tegaskan di status Facebook aku, bahawa filem angkasa lepas (yang tak banyak pun aku tonton) bahawa sememangnya membosankan, dan disini aku tegaskan sekali lagi, melainkan Interstellar / Star Wars dll (dll ini merujuk kepada tak banyak pun aku tonton). – aku lagi suka Prometheus sebenarnya yang lebih falsafah -
Ada dua pelakon jika tak silap, dalam filem Interstellar yang menyertai filem The Martian. Matt Damon, yang melakonkan watak Whatney, adalah antagonist dalam Interstellar. Perlu kuberitahu, bahawa filem Interstellar agak ‘touching’, emosi dan muzik dalam filem Interstellar merangsang aku untuk tersentuh, serta debate antara ‘meninggalkan bumi mencari planet baru’ atau ‘mempertahankan bumi’ antara debate menarik.
Sementara itu filem The Martian lebih memotivasi, didorong dengan muzik dan lagu serta ‘tak nampak kesunyian’ berbanding Interstellar, kerana NASA dan ribuan manusia dunia pertama termasuk China (termasuk marga kulit hitam, yang diberikan watak penting) menyokong penuh usaha membawa Whatney, ‘bring him home’. Cooper, lakonan Matthew McConaughey (yang lebih kurus) sudahlah berjauhan berpuluh tahun meninggalkan anak gadisnya yang sudah dewasa, rupa - rupanya ekspedisi angkasa (Interstellar) itu juga adalah penjelajahan try n error. NASA dalam filem Interstellar lebih miskin dari NASA dalam filem The Martian.
Dan Whatney yang tertinggal disangka mati itu, demi mempertahankan survival kehidupannya, berfikir terbalik, dia boleh menunggu ajal menjemputnya pulang, tetapi dia tidak duduk saja sebaliknya menggunakan kentang – kentang yang dibawa, dan mula bercucuk tanam di Marikh.*
‘kenapa orang Islam bodo?’
Orang Islam telah melupakan sejarahnya. Sejarahnya yang luar biasa menakjubkan (bahkan Richard Dawkins, yang Abd Rahman Shah kata, ‘sosok militant atheist’ juga turut aneh bila membaca sejarah Islam di ‘House of Wisdoms’,* aneh kerana zaman dulunya agung, sekarang sudah menjadi generasi bingung, - sumber, tulisan Prof. Azmi Sharom – bahkan Engels (materialist Marxist) juga mengakui peranan luar biasa yang dimainkan oleh bangsa Arab dalam sejarah umat manusia, (tapi Engels tidak menyebut peranan agama Islam yang dianuti oleh bangsa Arab ketika itu) – sumber, Marxisme dan Agama, tulisan O Hasyem) memang mencengang – cengangkan. Ratusan sarjana telah lahir, ahli sains, ahli kimia, ahli fizik, dan segala ahli – ahli (dalam bahasa PAS, bidang itu semua mendapat cop secular atau duniawi) yang lain.
Aku pernah mempertikaikan apakah yang Sunni buat dalam ketokohan bidang – bidang lain selain agama (kalau bidang penjelajahan / sosiologi, mungkin Sunni boleh tepuk dada mereka kuat – kuat, kerana Ibn Battuta dan Ibn Khaldun, tak silap aku, bukan dari keluarga Syi’ah)? Selain mengharamkan, mengkafirkan, membakar, merendam, merejam, menindas, memijak, me itu, me ini, apalagi yang Sunni reti buat? Aku tak tahu, kau mungkin tahu. Akhirnya kau yang buat – buat tau ni pun baru tau yang Ibn Sina tu Syi’ah (sumber, Pena Minang lancau) hik hik hik dan mula memikirkan untuk mencabut nama kelas 5 Ibn Sina dan menggantikan nama Sekolah Islam Ibn Sina dengan nama Ibn Taimiyah.
Dia lebih sibukkan coklat Cadbury dari masalah penjajahan dan hegemoni ekonomi kafir cibai Amerika laknatullahi alaih. Sebab itu mereka buta perut, buta hati, buta mata, atau buat – buat buta tak nampak Mekah tengah di-Hilton-kan, dan tinggalan – tinggalan suci tradisi Nabi dimusnahkan. Punya banyak Allah bagi tanah tempat mereka pijak dengan minyak, mereka tak mempunyai apa – apa industry sendiri. Kemudian seperti biasa, salahkan Iran yang sentiasa cari pasal dengan Amerika.
*Mark Whatney, bercucuk tanam kentang di Marikh menggunakan najis kawan – kawannya, sebagai baja. Jika Mark Whatney adalah Muslim Boy dan lahir di Malaysia, pastilah umat Islam akan kecoh dan mufti akan bersidang untuk mengeluarkan fatwa, ‘haram bercucuk tanam guna taik sendiri.’ Hihi.
**Khilafah Abbasiyah, bukanlah kerajaan yang kecik anak, atau kerajaan Melayu Marang. Sebelum Karl Marx lahir dan mengatakan agama adalah candu masyarakat, di Baghdad -yang sekarang ni diberak oleh ISIS- adalah kota yang didatangi oleh seluruh pencandu ilmu. University – university telah bercokol membiak beranak pinak di sana. Tolak tepi kebangsatan rejim Abbasiyah, tetapi school 0f thought – school of thought (bahasa mudahnya, mazhab lah!) seperti faham rasional Muktazilah / saingannya Asy’ariyyah / Hanabilah sedang lahir, membesar dan bergumul / berpencak di Baghdad sebelum dirompak oleh Barat.
***jika tak kerana Allah menghantar Monggol untuk membinasakan hedonism yang tengah melata dalam rejim Abbasiyah, barangkali Karl Marx, Richard Dawkins, Engels akan lahir dalam masjid – masjid umat Islam, seperti lahirnya ajaran Muktazilah (Washil Bin Atha’) yang berseberangan dengan Hasan Basri.

Monday, 28 March 2016

DC bukan Marvel. (dari peminat Dark Knight)




1. DC bukan Marvel.

Bagi yang berhajat nak tengok Batman v Superman tapi datang dengan mood dan ekspektasi Marvel anda akan pulang kecewa. Tetapi jika mengharapkan filem adiwira yang ada 'darker tone', brutal, serius, kurang celahan lawak dan yang paling penting banyak comic reference serta merujuk kepada animated-film.

Ia bukan sekadar filem tipikal untuk ditonton secara bersahaja. Memerlukan audiens matang dan go deep ke dalam matlamat asas karakter serta menelaah konflik dalaman adiwira-adiwira dalam filem DC.

Misalnya filem Dark Knight trilogi dan Man of Steel tu sendiri yang banyak menerjah motivasi perjuangan karakter masing-masing. Bukan aksi semata-mata untuk ditonjolkan.

Mahu plot ringan, tontonlah filem marvel, bukan DC.

2. Pertarungan Keadilan v Harapan.

Jika anda nak tonton movie yang banyak aksi semata dan kurang pembinaan falsafah perjuangan karakter jangan cari dalam filem ini. BvS adalah pertarungan idea tentang bagaimana membawa umat manusia kearah yang lebih baik; samada melalui keadilan yang keras atau harapan yang menggunung semata-mata.

Superman sentiasa ingin menjadi simbol harapan dan penyelamat dunia. Manakala Batman kekal sebagai simbol keadilan dan semahunya nak lindungi bumi daripada apa jua ancaman walaupun risikonya hanya 1%!

3. Tapak asas kepada DC extended universe dan seterusnya Justice League. Yeayy!

4. Soundtrack power!

Hans Zimmer tak pernah mengecewakan. OST asal daripada Man of Steel dikekalkan supaya feel daripada MoS segar. Walaupun sebelum ni Batman versi Nolan, Hans Zimmer pernah kompos ost untuk trilogi Dark Knight, tak nampak pertindanan susunan muzik dari filem sebelumnya. Muzik yang baru dan segar untuk Bat-fleck serta epik! Junkie XL pun tak gagal menjadi regu Hans Zimmer.

5. Sinematografi agak best cuma bahagian CGI macam kelaut sikit, over sangat. Tapi untuk the best experience cuba-cubalah tengok di IMAX sebab rugi tengok di skrin standard, ada bahagian kena crop maknanya scene yag kita tengok tak full.

6. Agak sukar nak kembangkan cerita yang menjadi sekuel kepada Man of Steel kemudian nak dijadikan filem yang mengembangkan plot cerita dari perspektif Bruce Wayne. Tambah lagi dengan watak Wonder Woman untuk dimasukkan, macam overload character dalam satu filem. Tapi dari storytelling yang dipersembahkan layak dipuji la, bukan senang nak beri keadilan kepada 2 watak utama pada masa yang sama bangunkan karakter mereka.

Antara yang menarik ada elemen daripada animated film The Dark Knight Returns(version Frank Miller) dan juga Flash Point Paradox. Kalau tak nak rasa lost sangat try tengok 2 animated film ni dulu.

7. Ben Afleck melakonkan watak Batman tak mengecewakan walaupun pada mulanya beliau dikritik keras. Memang tepat cara pembawakan watak Bruce Wayne+Batman, sebijik macam dalam trilogi Arkham malah lebih dark and brutal dari Christian Bale punya versi. Sups okay, maintain macam dalam Man of Steel dan Gal Gadot sebagai Wonder Woman menyerlah walaupun screentime dia singkat!

8. Villain agak kaku.

9. Apa pun tahniah kepada Snyder, bukan senang nak direct cerita yang ambitious macam ni. Lagi pun memang tak cukup 2jam 30 minit untuk sumbat semuanya, walaupun tak mampu nak live up the expectation tapi ia merupakan naskah yang baik bagi aku untuk ditonton.

10. Personal rating 7.5 dari 10.

*Saranan keras: tengok dalam IMAX 3D!

Hafiz Hafifi Hassan
Peminat Dark Knight

Friday, 22 January 2016

Kritikan Terhadap Filem Islamik (tersiar di MalaysiaKini)

Kritikan Terhadap Filem Islamik (tersiar di MalaysiaKini)


Oleh: Musoddiq Jaafar

Filem dan drama Islam mutakhir ini kian mendapat tempat di arena seni Malaysia. Ianya hasil daripada pembiasan sambutan tinggi filem Islamik dari Indonesia di Malaysia. Setelah drama tempatan Nur Kasih mendapat kedudukan yang tinggi dan disusuli dengan filemnya yang pecah panggung, beberapa penerbit filem mula mempertengahkan filem Islamik sebagai pilihan dalam percaturan bisnes mereka. Namun begitu, filem-filem dan drama tersebut amat terburu-buru dan kurang kreatif dalam berdakwah. 

Terdapat beberapa elemen klise dan kurang padu dalam penulisan skripnya mahupun ideologi yang dibawakannya. Adunan filem islamik seringkali memaparkan elemen cinta dan ketakutan dalam beragama. Seperti filem dan drama Nur Kasih sendiri, ianya tidak lebih kepada elemen cinta yang mengkhayalkan dan saya akui memang ada diselit elemen keagaaman dalam filem tersebut, tetapi banyak yang ditonjol adalah cara hidup orang Melayu Islam berbanding Islam yang universal itu sendiri. Drama-drama dan filem islamik yang dipaparkan kebanyakannya kosong dan mesej yang terlalu diambil mudah untuk disampaikan.

Selain itu, kisah penggali kubur lebih kepada menakut-nakutkan penganut agama Islam dan terlalu menekankan balasan alam kubur. Namun mereka kurang menengahkan kecantikan dan keindahan Islam itu sendiri. Islam lahir bukanlah dengan menakut-nakutkan penganutnya. Islam lahir dengan cinta, bagaimana Allah mencintai semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Allah mecintai semua hambanya walaupun dia adalah pendosa. Sebagaimana kisah si pelacur yang masih mampu ke syurga dengan perbuatan baik d penghujung nyawanya. Sebagaimana Bilal Bin Rabah yang dianggap hina oleh masyarakat arab tetapi dipandang mulia oleh Islam.

Selanjutnya, filem dakwah tidak semestinya bertajuk "Nur Kasih", "Dalam mihrab cinta", "Ketika cinta bertasbih", "Ustaz mu tunggu aku datang", "7 petala cinta" dan tajuk yang berkaitan dengan perkataan yang sinonim dengan agama.

Juga, filem tersebut tidak perlu berlatar belakangkan kehidupan pondok, watak pemuda hensem berperibadi ustaz, watak ustazah berpakaian seperti di gunung sahara, suasana kampung, kehidupan bandar sebagai kehidupan yang menghancurkan, dan berbagai lagi elemen-elemen klise yang sudah boleh dijangka latar belakang tempatnya.

Filem dakwah Islam boleh sahaja berkonsepkan seperti PK, My Name is Khan, dan berbagai lagi filem yang menonjolkan fundamental Islam dan bukan penganutnya. Mungkin boleh sahaja kita cipta watak seperti Fahri, Aisha, watak-watak gadis sempurna dalam novel Ustazah Fatimah Syarha, dan lain-lain. Sedangkan realitinya tidak ada orang sebegitu. Ya benar, kita boleh mengambil iktibar untuk menjadi seperti mereka, namun yang terjadi adalah angan-angan bagi pasangan masing-masing sama ada perempuan atau lelaki.

Sudilah saya berkongsi petikan daripada ungkapan Ustaz Emran Ahmad hasil dari filem Islamik berkearah cinta.

"Kesilapan paling besar anak-anak muda sebelum melangkah kaki ke alam rumahtangga ialah 'terlalu banyak berangan' dan 'berfantasi' yang indah-indah sehingga mereka tidak bersedia menghadapi cabaran di dalamnya.

Khususnya bagi anak-anak gadis 'penunggu' sang imam solatku dan ahli sastera yang tak bertauliah. Golongan ini kerap mendapat 'kencing manis' lepas nikah sebab terlalu banyak makan 'sweet' semasa alam bujang sikit-sikit oh 'sweetnyer...'

Apabila diuji dalam rumahtangga dan fitnah perkahwinan maka mereka pun mula menggelabah dan akhirnya rebah!"

Filem PK banyak mengetangahkah fundamental Islam, seperti upacara keagamaan tidak perlu membazir dengan wang yang banyak malah bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan anak yatim lebih mulia dan berpahala. Agama adalah dengan berbuat baik dengan orang lain, dan bukanlah untuk bermegah-megah dengan barang/upacara keagmaannya.

Malah fundamental Islam yang lain yang diketengahkan adalah agama Islam tidak perlu menjadikan agamawan/objek/mana-mana alat berjisim sebagai perantaraan antara penganut dan Tuhannya. Tidak seperti agama sesat yang terlalu mendambakan pemimpin/ketua agama/ orang yang mengaku utusan sehingga seperti mereka adalah maksum dan apa-apa sahaja perbuatan mahupun perkataan adalah dari tuhan. Ianya dibuktikan dengan kenyataan demi kenyataan pasca filem tersebut. Tidakkah filem PK sebenarnya menengahkan pencandu agama dan penjual agama yang sepatutnya dielak dan dihadam oleh setiap penganut Islam mahupun mana-mana agama yang ada.

Selanjutnya, filem My Name Is Khan juga memaparkan ideologi Islam bukan pengganas dan ada beberapa elemen di dalam filem tersebut yang mengaitkan dengan fundamental Islam yang indah. Novel Hero karya Hilal Asyaf juga memaparkan kisah fiktif hero seakan-akan batman tetapi kisahnya disaluti dengan elemen kehidupan moden yang penuh Islamik.

Saya boleh ambil contoh keislaman Saidina Umar al-Khattab, dia bukanlah sekadar mendengar adiknya membaca al-Quran dan terus masuk Islam. Tetapi fundamental Islam yang dibawakan dalam ayat itu yakni tiada tuhan melainkan Allah yang mencipta bumi dan langit yang tinggi. Sewaktu itu dia sendiri tertanya-tanya apakah tuhan yang sebenar? Malah dia sendiri menceritakan membawa berhala yang dibuat dari tamar(kurma), agar mudah disembah di tengah perjalanan. Tetapi, apabila Umar terasa lapar, Umar akan mengopek berhala itu, dan memakannya. Tetapi apabila dia terdengar ayat yang mengatakan ada Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, siapakah Tuhan itu? Tuhan selain berhala tamarnya ataupun Tuhan berhala yang dikenali ramai? Siapakah Tuhan selain Tuhan yang dicipta manusia dengan tangan dan boleh dimusnahkan dengan tangan? Itu yang membuatkan dia tertarik dengan surah Taha dan menyuruh adiknya menghabiskan surah tersebut dan mengakui keIslamannya. 

Filem-filem barat sebenarnya sudah lama mengetengahkan fundamental ideologi mereka. Tidak kiralah ideologi anti-Islam, anti-Agama, Marxism, Anarkism, Liberalism, Feminism, dan berbagai lagi Ideologi lain. Tidak kiralah persoalan mengenai ketuhanan mahupun politik atau ideologi yang dibangkitkan kepada orang ramai. Contohnya filem X-Men, The Purge, Planet of the Apes, Malaficent, Frozen, The Matrix, dan lain-lain.

Filem Islam yang berunsurkan dakwah sepatutnya diperhalusi fundamental Islam, bukannya cinta-cinta Islamis yang melembikkan umat. Terapkan soalan fundamental seperti Siapakah tuhan yang sebenarnya? Bagaimana sifat ketuhanan yang sebenar? Apakah tauhid yang dibawakan oleh surah al Ikhlas? Terapkanlah nilah “demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali masuk Islam kerana konsep sama rata yang ditekankan Islam kerana pada zamannya dia merasakan dia tertindas dengan agama lain yang mempunyai tempat ibadah berbeza warna kulit. 

Ketengahkan fundamental Islam dalam karya seni dan filem bukannya dama cinta atau adegan yang menakut-nakutkan penganutnya. Orang akan menilai fundamental yang diketengahkan dan akan mencarinya dengan realiti. 

THE EQUALIZER, DBKL, DAN NAFSU SERAKAH SANG PENGUASA



Senja tu aku tengok wayang dengan Orkid Radiallah. Jangan terpedaya dengan nama. Walaupun hujung namanya ada perkataan ‘Radiallah’, dia seksi. Dan walaupun dia pakai seksi, aku tak sentuh dia sikit pun. Sebab aku memang suka tengok wayang. Dan aku tak suka perempuan (gedik). Aku rasa aku dah sampai tahap A – Seksual.

Dia ajak tengok Soekarno. Jadah apa nak tengok Soekarno. Aku lagi gilakan Tan Malaka dari Soekarno. Hanya orang yang tak membaca sejarah sahaja akan suka quote Soekarno, ‘berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan blablabla…,’ kenapa orang – orang Indonesia tak berani nak angkat Tan Malaka? 

Aku ingat nak tonton Lucy, tapi tak ada pula lewat petang tu. Hanya ada beberapa filem low class. Ok, The Equalizer, macam best. Ada Denzel Washington. Seorang pelakon kulit hitam Amerika yang power. Dan aku memang ada sedikit salute kepada pelakon – pelakon kulit hitam Amerika yang serius seperti Denzel Washington dan Forest Whitacker. Aku muak dengan pelakon – pelakon pelawak.

THE EQUALIZER BUKAN THE PUNISHER
Cerita The Punisher sama ada versi asal (live action) atau remake, adalah cerita ‘batmantanpa topeng versi kejam’.  Cerita Jebat yang ‘menjebat’ kerana kehormatan sendiri, kerana keluarga sendiri, kerana kepentingan sendiri telah digugat. Sebelumnya mereka tak melawan. Sebelumnya mereka hanya orang – orang yang berada dalam system. Samalah juga dengan batman pun. Hero sebenarnya adalah anarchist seperti The Joker atauOccupiers seperti Bane. Tetapi watak – watak sebegini, dijahatkan, sementara ‘hero yang membasmi jenayah kecil – kecilan’ diangkat dan dijulang ke langit.

The Equalizer, cerita yang agak ganas levelnya sama dengan The Punisher. Kalau kau nak tengok lawan – lawan yang percik – percik darah, tikam sana, tikam sini, cucuk sampai mata berlubang, tembak guna paku (?), The Equalizer memang = dengan The Punisher.

Cerita tentang seorang lelaki bernama Robert yang kehilangan isteri, menyendiri dan bekerja di sebuah perusahaan borong alatan pembaikian (seperti spanar / penebuk lubang / mesin / tukul dll). Ketika malam, dia akan keluar dari rumahnya ke sebuah kedai dengan berjalan kaki, membawa bersamanya seuncang teh yang dilipat kemas dalam tisu. Penggambaran ini, aku fikir untuk menggambarkan betapa karekter ini begitu teliti.

Seorang awek, pelacur paksa dari kecil, Teri namanya. Juga berkunjung di kedai yang sama. Beberapa kali mereka berjumpa dalam kedai yang sama, dan bertegur sapa. Tibalah suatu keadaan apabila Teri terpaksa melayan seorang mamat macam haram. Dan dia menangis (kelihatan sebak di matanya). Robert menyaksikan keadaan itu.

Keesokan harinya, Robert mendapat tahu daripada pelayan (lelaki) di kedai yang selalu dia minum lewat malam itu, Teri sudah masuk hospital dirimbuk (dibelasah separuh mati). Robert pergi ke hospital, dan kemudian mendapat tahu bahawa insiden itu, adalah disebabkan keengganan Teri melayan seksual mamat macam haram tu.
Robert mencari siapa dalangnya. Dan kemudian, kau kenalah pergi tengok wayang sendiri. Jadah aper aku nak cerita sampai habis dekat sini?

Rupa – rupanya, yang baru sahaja dibunuh oleh Robert, bukanlah lima orang bapa ayam yang membelasah Teri. Tetapi adalah sindiket mafia / bisnes haram Russia yang bertapak di Amerika. Antara aktiviti mereka selain dadah, membuat duit palsu, adalah melacurkan gadis – gadis.

Baik, sampai di sini sahaja, sebenarnya, aku akan bosan jika peranan protagonist seperti Robert cuma untuk membasmi jenayah kecil – kecilan seperti dadah, membuat duit palsu atau pelacuran, (anehnya, batman pun tak pernah mengusik aktiviti pelacuran, atau melawan elite – elite pemodal di Gotham City) kerana pekerjaan ‘polis’ ini, batman pun telah melakukan, The Punisher pun melakukan.

Yang menarik aku dan tak membuatkan aku tertidur dalam panggung wayang ini adalah, Robert sedang melawan penguasa – penguasa seperti polis yang cibai dan kuat makan rasuah. Sindiket mafia Russia yang boleh bertapak sewenang – wenang, dan tak dapat disentuh itu kerana polis – polis sudah dipegang telur mereka. Penguasa – penguasa seperti polis sampai sanggup membakar / merosakkan kedai yang tak membayar wang perlindungan.

Nasib baik Robert bukan seorang anarchist. Dia cuma membunuh penjenayah – penjenayah seperti bapa ayam, tapi terhadap polis – polis yang kuat makan rasuah, dia hanya mengurung polis tersebut dalam kereta yang diisi gas bocor.

DBKL adalah lambang falsafah penguatkuasaan yang corrupt!
Apakah makna / falsafah penguatkuasaan yang sebenarnya? Apakah yang termuat, yang terkandung dalam perkataan ‘penguatkuasaan’? apakah job scope sebenar penguatkuasa? Apakah tugas polis yang sebenarnya? Kepada siapakah mereka seharusnya berkhidmat? Kepada rakyat, atau kepada laknat? Kepada siapa? Siapakah majikan sebenarnya? Pembayar – pembayar cukai, atau pemodal – pemodal besar? Sekali lagi, apakah fungsi ‘penguatkuasa’ yang sebenarnya?

Apakah merampas sumber pendapatan peniaga aiskrim di Tasik Permaisuri, merentap tudung peniaga perempuan yang berniaga mencari makan, mencari nafkhah untuk anak – anak (bukan meminta – minta sedekah / melacur!) adalah merupakan kerja palingfundamental DBKL?

Apakah menerbalikkan periuk nasi orang lain, merupakan pekerjaan paling asasi, DBKL / penguatkuasa? Apakah mereka sudah terlalu bodoh menyebabkan mereka sudah hilang simpati kepada manusia – manusia lain? Apakah DBKL sudah terlalu brengsek sampai tidak ada kerja lain?

Sekiranya peniaga – peniaga tidak mempunyai lessen, pekerjaan penguatkuasa DBKL yang sebenarnya adalah berusaha mencarikan kaum peniaga kecil – kecilan ini lessen untuk berniaga. Bukan merampas sumber pendapatan mereka. Bukan menganggu orang – orang kecil sebegini untuk berniaga.

Amatlah jalang sekali perangai agamawan yang cuma berani menegur rakyat jelata tetapi tidak berani menyentuh yang paling berkuasa untuk berubah, perangai laknat dan pailang itu ditiru pula oleh DBKL / penguatkuasa yang gagal SPM ini. Sudahlah gagal SPM, kemudian bekerja menjadi sebahagian daripada aparat kerajaan. Kemudian menindas marhaen – marhaen yang mencari sesuap nasi yang halal. Kemudian meminta rasuah, buat roadblock sana – sini, cari duit kopi, cari duit teh, kemudian hasil duit haram itu, mereka berikan anak bini mereka makan. Kemudian dengan duit haram itulah, tahun ini mereka pergi haji. Kemudian dengan duit haram itu mereka berharap dapat haji mabrur? Mimpilah!

Mereka – mereka yang sama juga tak pernah berfikir untuk mengurangkan gelandanganisasi, peminta – peminta sedekah yang semakin bercambah entah dibiakkan oleh sindiket yang mana, aktiviti perjudian – pelacuran yang entah kenapa aku memikir juga kenapa SIS tak menyentuh isu pelacuran, apakah hanya poligami yang bermasalah di mata mereka, tetapi pelacuran atau bapa ayam tak perlu dilawan?

Sebenarnya siapakah yang membiakkan gelandangan, peminta – peminta sedekah, dan sindiket pelacuran? Cubalah kita merenungkan sejenak.

Aku sebenarnya sudah semakin lama, semakin hilang percaya kepada undang – undang yang bangang dan pro kepada orang – orang bangang. Mungkinkah sudah sepatutnya aku berdoa, bertawasul, memohon supaya lahir ‘The Equalizer’ di kalangan kami?

Antara Star Wars: Force Awakens dan Point Break



(ulasan ini mungkin menyentuh sensitiviti penganut-penganut Jedi)
Aku tak tahu apa-apa yang menarik tentang Star Wars selain daya futuristic dan imaginasi canggih George Lucas, dengan CGI nya. bagi aku filem yang menarik bukan sekadar jenama / trend / label / nama (atau bom sana, bom sini). Itu bukanlah filem yang menarik, filem yang menarik mestilah mempunyai plot yang menarik dan kejutan-kejutan yang mengejutkan.
Aku tak jumpa apa-apa yang mengejutkan dalam Star Wars yang terbaru, atau Force Awakens ini. Hero kulit hitam, Finn (lakonan John Boyega) digandingkan dengan heroin perempuan, Rey (lakonan Daisey Ridley) yang kemudian menjadi hero baru selepas kematian Finn memang menggembirakan feminist – feminist filem (yang juga bergembira dengan hero perempuan dalam Hunger Games; Mocking Jay). Adalah terlalu teruk citarasa filem kita jika sekadar pengangkatan hero bergender kita, atau berwarna kulit seperti kita, atau kau mesti kecewa gila jika kau menyangkakan watak protagonist/antagonist dalam filem Raid (Indonesia) diberikan peranan besar.
Bagi aku ini adalah tektik untuk mengumpul crowd lebih ramai (Indonesia) dengan pengangkatan mereka sebagai Kanjiklub (yang tidak ada apa-apa peranan penting), juga pengangkatan hero kulit hitam, hero perempuan, serta Harrison Ford yang pasti menggamit peminat-peminat setia Star Wars. Han Solo mati kena bunuh anak sendiri, so what?
Bahkan adalah janggal bila Finn kulit hitam tidak bercium mulut dengan Rey (kulit putih). Bukan aku nak sangat tengok mereka bercium, tetapi adalah begitu jarang sekali hero (lelaki) kulit hitam akan mendapat awek/bercium mulut dengan heroin kulit putih. Ketika kematian Finn, Rey hanya mencium dahinya sahaja.
Point Break; No Rules, No Limits
Trailer dan posternya yang membuat aku ‘break’ seketika. No rules, no limits. Seperti yang disebutkan di atas, kita sering terpedaya dengan nama (pelakon/penerbit), jenama, dan yang sewaktu dengannya. Seperti banyak quote, tak semestinya filem itu bagus. Itu adalah filem quoting. Filem yang bagus, mestilah mempunyai plot yang berkesan, dan kejutan-kejutan yang tak terfikirkan. dan Point Break ada benda-benda ini.
Filem yang baik tak semestinya bersiri. Filem itu boleh berdiri sendiri, cuma ada satu/sebijik/wahid/tak memerlukan siri. Terlalu banyak filem begini yang bagus-bagus, dan begitu banyak filem bersiri (yang hanya bagus pada siri-siri tertentu, dan hancus pada siri-siri yang lain), dan pastinya filem-filem bersiri bertujuan untuk melariskan lagi jualan tiket ke panggung tanpa apa-apa plot yang berbeza (balik-balik cerita bom sana, bom sini, romen sana, romen sini).
Merompak dari mereka yang kaya, untuk mereka yang miskin; bukan falsafah Robin Hood seorang
FBI terkejut mendapati ada dua siri rompakan dalam jangka masa yang tak lama. Sekitar beberapa hari gitu. Motif rompakannya juga pelik. Seperti rompakan dalam kapal terbang yang menerbangkan beratus-ribu keping wang kertas, dan helaian-helaian wang kertas itu jatuh sekeping demi sekeping kepada rakyat miskin di Mexico. Apa motifnya?
Mereka adalah penggemar-penggemar sukan ekstrem selain ‘penyembah-penyembah’ kepada idealis Ozaki, seorang pahlawan ekosistem. Ozaki percaya, bahawa kita perlu memberi balik kepada dunia, apa yang telah kita ambil. Kita harus berikan kepada dunia, lebih dari yang kita ambil.
Kata Utah, pelatih yang memohon borang untuk menjadi FBI, dia kenal cara pattern rompakan ini. Ini bukan sebarang rompakan. Ini bukan semata-mata rompakan dari yang kaya, untuk yang miskin. Ini lebih dari itu. Ini dilakukan untuk mencapai nirwana. Apa? merompak untuk mencapai nirwana? what the hell?
Manusia mengambil terlalu banyak, memulangkan balik terlalu sedikit, antara inti kepada filem ini (falsafah Bohdi)
Utah, kehilangan kawan dalam sukan motosikal (scrambler)nya. Dia kemudian berhenti daripada sukan motosikal tersebut dan kemudian bertahun-tahun seterusnya mencuba nasib untuk menjadi FBI. Dia terkejut pada ujian pelatihannya, ada kes rompakan yang hasil rompakan itu dicurahkan kepada rakyat miskin. Selepas mendapat persetujuan dan berjaya meyakinkan bosnya, bekas penggemar sukan ekstrem ini mahu memburu perompak-perompak ini.
Sementara Ozaki menumpukan kepada cuma idea, Bohdi yang dilahirkan di Venezuela (wilayah yang memilih sosialisme sebagai cara hidup yang berbeza dari cara hidup borjuah-isme seperti Amerika) seperti kata Samsara (nama awek), Bohdi pergi kepada tindakan. Sampai bila kita nak beridealis-idealis?
‘Bullshit justification?’
Kata Pappas, (FBI), bahawa perompak-perompak sentiasa mempunyai ‘bullshit justification’ untuk menghalalkan/mengabsahkan ‘perbuatan jahat’ mereka. seperti merompak dari yang kaya, dan mengagihkan untuk yang miskin, atau memusnahkan lombong emas, dan memberikan semula kepada mother of earth.
Tetapi itu tergantung sebenarnya. Falsafah kemodenan telah menjahanamkan otak kita bahawa adalah salah mencuri dari yang kaya, kerana yang kaya bekerja bermati-matian (adalah lawak maha besar) untuk mengumpul kekayaan mereka. mereka-mereka yang telah dirampas kemandirian berfikirnya, mengatakan adalah kerja mengarut sahaja memusnahkan lombong emas, dan berhenti melombong emas, dunia adalah berada di bawah tapak kaki manusia.
Utah sendiri keliru terhadap dirinya sendiri. Adakah sukan ekstrem semata-mata sukan eksrem? Baginya cara Bohdi lebih radikal dan Ozaki lebih ideal. Terdapat banyak lagi cara untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia.
‘apa yang kau cari? Nirwana? Bukan. Bukan tentang lapan benda kejadah semua tu. Tetapi bagaimana cara kita menghormati alam. Ini lebih essence. Ini lebih penting.’
Seorang demi seorang rakannya mati terbunuh dalam sukan ekstrem tersebut. Tetapi itu semua bukanlah penting menurut Bohdi. See you soon, kata Bohdi, meyakini bahawa kita akan berjumpa lagi. Yang paling penting, walaupun Bohdi menyedari bahawa Utah adalah polis (FBI) yang mahu memburunya, dia mahu menyelamatkan Utah. Baginya Utah telah diselewengkan dengan maksud-maksud hidup. Polis-polis adalah batman (vanguard kepada orang-orang kaya). Mereka adalah kaum moralist yang berkhidmat (dibayar gaji) oleh orang-orang kaya.
Watak Bohdi lebih kuat dari watak Utah. Dia meyakini kesatuannya dengan alam, dan takda sesiapa yang paksa kau memilih jalan ini. Sebaik sahaja kau gugur, kau gugur, tanpa perlu keguguran itu ditangisi/disesali oleh yang lain. Semua orang memilih jalan masing-masing.
Bohdi adalah watak manusia primitif dulukala sebelum terbit babad kemodenan. Bohdi percaya bahawa jalan penyelamatan terhadap segala malapetaka yang berlaku di dunia fana ini adalah dengan pengorbanan diri. maka kerana itu, sukan-sukan ekstrem memang antara sukan-sukan yang mencabar, membahayakan diri sekaligus berpotensi membunuh diri. segala bala bencana suatu waktu dahulu yang dinisbahkan kepada alam semesta (kemarahan jagat) yang marah terhadap dosa-dosa dari tangan kotor manusia telah bersemadi dalam diri Bohdi.
Antara Force Awakens Star Wars dengan Point Break, aku mengundi Point Break walaupun sebenarnya meskipun Point Break bukan dibikin dalam studio dan tak banyak CGI (palsu/plastic) seperti Star Wars, dan sukan-sukan dalam Point Break walau apapun ‘ bullshit justification’ Bohdi, adalah sukan-sukan yang memerlukan sponsor orang kaya seperti Al-Fariq. Dan bila Al-Fariq (jutawan muda Arab, seperti biasa) dibekukan akaunnya, maka Bohdi menjadi seorang yang gila membunuh diri dalam laut 17 bulan kemudian.